Hadis Sahih Muslim No. 1095 Jilid 2 Topik adalah Puasa 1095. Dari 'Abdullah Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Kaum Jahiliyah puasa pada hari 'Asyura. Sedangkan Rasulullah saw. dan kaum muslimin pernah juga mempuasakannya sebelum perintah wajib puasa Ramadhan diturunkan. Maka ketika puasa Ramadhan telah diwajibkan, Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya hari 'Asyura itu suatu hari di antara hari-hari kebesaran Allah. Kerana itu siapa yang mahu puasa hari itu silakan dan siapa yang tidak mahu boleh meninggalkannya." |