Hadis Sahih Bukhari No. 1095 Jilid 2 Topik adalah JualBeli 1095. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Nabi saw. tiba di Khaibar setelah beliau diberi kemenangan oleh Allah swt. Untuk menduduki sebuah benteng. Lantas diceritakan orang kepada beliau tentang kecantikan Shafiyah binti Huyai bin Akhthab. Suaminya terbunuh, sedangkan mereka baru kahwin. Maka Rasulullah saw. mengambilnya untuk jadi isteri beliau. Kemudian Rasulullah keluar bersama-sama dengan Shafiyah. Setelah kami sampai di Saddir Rauha, Shafiyah telah suci, lalu beliau campur dengannya. Kemudian beliau membuat kuih pada sebuah tempat kecil, lalu beliau bersabda, "Beritahulah orang-orang di sekitarmu!" Yang demikian itu adalah pesta perkawinan Rasulullah saw. dengan Shafiyah, dan kemudian kami pergi ke Madinah. Kata Anas, "Saya melihat Rasulullah saw. menyelimuti Shafiyah yang berada di belakang beliau dengan sebangsa baju dalam, kemudian beliau duduk dekat untanya sambil merendahkan lututnya. Shafiyah meletakkan kakinya di lutut beliau untuk dia naik ke unta." |