Hadis Sahih Muslim No. 1090 Jilid 2 Topik adalah Puasa 1090. Dari Hamzah bin 'Amru Al Aslami r.a., bahawa dia bertanya kepada Rasulullah saw., katanya: "Aku kuat puasa dalam perjalanan. Berdosakah jika aku puasa?" Jawab Rasulullah saw., "Berbuka puasa dalam perjalanan adalah suatu keringanan dari Allah. Maka kerana itu, siapa yang mempergunakan keringanan itu baik, dan siapa yang lebih suka puasa tidak berdosa." |