Hadis Sahih Bukhari No. 1090 Jilid 2 Topik adalah JualBeli 1090. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Demi Allah yang diri ku dalam genggamanNya! Sesungguhnya akan turun kepada mu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil. Maka dipecahnya salib, dibunuhnya babi, dihapuskannya pajak, dan harta kekayaan akan melimpah ruah, sehingga tidak seorang jua pun yang mahu menerima." |