Hadis Sahih Muslim No. 1089 Jilid 2 Topik adalah Puasa 1089. Dari Quzatah r.a., katanya: "Aku mendatangi Abu Sa'id Al Khudri r.a., tetapi dia sedang banyak tetamu. Ketika para tetamu itu sudah pergi, aku berkata kepadanya: Aku tidak akan menanyakan masalah yang ditanyakan mereka itu, tetapi aku akan menanyakan perihal puasa dalam perjalanan." Jawab Abu Sa'id, "Kami pernah melakukan perjalanan bersama-sama Rasulullah saw. ke Mekah, sedangkan kami puasa. Lalu kami berhenti pada suatu perhentian. Maka bersabda Rasulullah saw., "Kamu semua sudah dekat ke tempat musuh; berbuka akan lebih menguatkan tubuhmu. Dan itU adalah suatu keringanan." Sebagian kami ada yang puasa sedang sebahagian lagi berbuka. Kemudian kami berhenti pula di tempat perhentian yang lain. Maka bersabda pula Rasulullah saw., "Esok pagi kamu akan menyerang musuh; dengan berbuka akan lebih menguatkan fizikmu; kerana itu berbukalah kamu semuanya!" Sabda beliau itu adalah perintah. Kerana itu berbukalah kami semuanya." Kata Abu Sa'id selanjutnya., "Saya fikir, sesudah itu kami selalu puasa bersama-sama Rasulullah saw. dalam setiap perjalanan." |