Hadis Sahih Bukhari No. 1089 Jilid 2 Topik adalah JualBeli 1089. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda:" Ibrahim a.s. hijrah bersama-sama dengan Sarah, lalu beliau masuk ke sebuah negeri yang diperintah oleh seorang raja di antara para raja, atau oleh seorang raja diantara para penguasa. Maka dilaporkan orang (kepada sang raja tentang kedatangan Ibrahim itu). Katanya, "Ibrahim datang beserta seorang wanita yang sangat cantik!" Raja mengirim utusan kepada Ibrahim, menanyakan: "Ya, Ibrahim! Siapakah wanita beserta mu ini?" Jawab Ibrahim, "Saudara ku!" Kemudian Ibrahim berkata kepada Sarah, "Janganlah engkau katakan kepadanya aku dusta, kerana aku mengatakan kepada mereka engkau saudara ku. Demi Allah! Tidak ada orang yang mukmin di bumi ini selain aku dan engkau." Maka dikirimnya lah Sarah kepada raja. Raja berdiri untuk menemui Sarah, dan Sarah pun berdiri pula, lalu mengambil wuduk, solat dan mendoa: "Wahai, Allah! Jika sebenarnya aku iman dengan Engkau dan dengan Rasul Engkau dan aku memelihara kehormatan ku melainkan untuk suami ku, maka janganlah Engkau paksakan si kafir itu terhadap ku. Raja itu merasa dicekik dan menghentak-hentakkan kaki (kerana pengsan). Kata Abu Hurairah melanjutkan, "Sarah mendoa pula: Wahai, Allah! kata raja ini mati, tentu orang akan menuduh ku bahawa aku yang membunuhnya." Raja itu sembuh lalu berjalan mendekati Sarah. Sarah pun mengambil wuduk, solat dan mendoa. Katanya: "Wahai, Allah! Aku iman dengan mu dan dengan Rasul-Mu. Dan ku pelihara kehormatan ku selain kepada suami ku. Maka jangan lah Engkau paksakan si kafir ini terhadap diri ku. Raja pun merasa dicekik dan menghentak-hentakkan kakinya. Kata Abu Hurairah melanjutkan, "Sarah mendoa: Wahai Allah! Jika raia itu mati, tentu orang akan menuduh ku yang membunuhnya." Raja itu sembuh kembali untuk kedua kalinya. Dan ketiga kalinya dia berkata, "Demi Allah! Pasti syaitan yang engkau kirim kepada ku. Kembalikan dia kepada Ibrahim, dan beri dia seorang hamba sahaya (Siti Hajar)!" Sarah kembali kepada Ibrahim a.s., lalu berkata: " Tahukah Tuan, bahawa Allah telah menghina orang kafir, dan menghadiahi kita seorang budak perempuan?" |