Hadis Sahih Muslim No. 1088 Jilid 2 Topik adalah Puasa 1088. Dari Anas r.a., katanya: "Kamu pernah mengadakan suatu perjalanan bersama-sama Rasulullah saw. Sebagian kami puasa dan sebahagian lagi tidak puasa. Ketika hari bersangatan panas, kami berhenti pada suatu tempat, di mana kebanyakan kami membuat naungan dengan kain-kain pakaian yang dibawanya dan sebahagian lagi dengan tangannya." Kata Anas selanjutnya, "Orang-orang yang puasa berjatuhan, sedang orang yang tidak puasa dapat tegak,lalu mereka buat tempat-tempat berteduh dan mereka beri minum haiwan-haiwan kenderaan. Maka bersabda Rasulullah saw., "Orang-orang yang berbuka hari ini dapat pahala." |