Hadis Sahih Muslim No. 1083 Jilid 2 Topik adalah Puasa 1083. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. melakukan suatu perjalanan jauh dalam bulan Ramadhan, sedangkan beliau puasa. Setelah sampai di 'Usfan, beliau minta bejana berisi minuman lalu diminumnya di siang hari itu supaya dilihat orang ramai. Selanjutnya beliau berbuka hingga masuk kota Makkah." Kata Ibnu 'Abbas r.a., "Dalam perjalanan itu Rasulullah saw. puasa dan berbuka. Maka siapa yang suka puasa boleh puasa dan siapa yang suka berbuka ia boleh tidak puasa." |