Hadis Sahih Muslim No. 1080 Jilid 2 Topik adalah Puasa 1080. Dari Abu Hurairah r.a., katanya ada seorang lelaki datang kepada Nabi saw., lalu dia berkata: "Telah celaka aku, ya Rasulullah!" Jawab Nabi saw., "Apa sebabnya engkau celaka?" Jawab orang itu, "Aku menyetubuhi isteri ku (siang hari) di bulan Ramadhan." Tanya Nabi saw., "Sanggupkah engkau memerdekakan seorang budak?" Jawabnya, "Tidak!" Tanya Nabi saw., "Sanggupkah engkau puasa dua bulan berturut-turut?" Jawabnya, "Tidak!" Tanya, "Sanggupkah engkau memberi makan enam puluh orang miskin?" Jawabnya, "Tidak!" Kata Abu Hurairah r.a., "Kemudian, sementara orang itu duduk, dibawa orang kepada Nabi saw. sebuah keranjang berisi kurma. Sabda Nabi saw. kepada orang itu, "Bersedekahlah kamu dengan ini!" Jawab orang itu, "Tentu kepada orang yang lebih miskin daripada kami. Agaknya tidak ada penduduk di sekitar sini yang lebih memerlukannya daripada kami." Mendengar ucapannya itu Nabi saw. tertawa sehingga kelihatan taring beliau. Kemudian Nabi saw. bersabda kepada orang itu. "Bawalah pulang, beri makanlah keluargamu dengannya." |