Hadis Sahih Muslim No. 1077 Jilid 2 Topik adalah Puasa 1077. Dari 'Abdullah bin Ka'ab Al Himyari, Abu Bakar mengkhabarkan kepadanya bahawa Marwan pernah mengutusnya kepada Ummu Salamah r.a., menanyakan perihal seorang lelaki yang mendapatkan Subuh dalam keadaan junub, apakah boleh dia meneruskan puasanya? Jawab Ummu Salamah, "Rasulullah saw. pernah mendapatkan Subuh (kesiangan) dalam keadaan junub kerana jimak, bukan kerana mimpi. Kemudian beliau tidak membukai puasanya dan tidak pula mengqadha." |