Hadis Sahih Muslim No. 1065 Jilid 2 Topik adalah Puasa 1065. Dari 'Abdullah bin Abi Aufa r.a., katanya: "Kami berpergian bersama-sama Rasulullah saw. dalam suatu perjalanan di bulan Ramadhan. Ketika matahari telah terbenam beliau bersabda: "Hai, Fulan! Turunlah, dan siapkan makan kita!" Jawab orang itu, "Hari masih siang, ya Rasulullah!" Sabda Rasulullah, "Turunlah dan siapkan makan kita!" Kata 'Abdullah, "Orang itu pun segera turun, lalu dia menyiapkan makanan dan menyajikannya kepada Rasulullah saw., dan beliau langsung minum. Kemudian beliau bersabda sambil menunjuk dengan tangannya: "Apabila matahari telah terbenam di sana, dan malam telah datang di sini, maka orang puasa sudah boleh berbuka." |