Hadis Sahih Bukhari No. 1056 Jilid 2 Topik adalah JualBeli 1056. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Sungguh sedikit waktu bagi Nabi saw. pada hari-hari itu, namun beliau memerlukan datang ke rumah Abu Bakar pagi atau petang. Maka ketika telah diizinkan bagi beliau untuk pergi (hijrah) ke Madinah, kami tidak pernah terkejut melainkan ketika beliau datang ke rumah kami waktu Zohor, Lalu kedatangan beliau itu diberitahukan kepada Abu Bakar. Kata Abu Bakar, ''Nabi saw. tidak akan datang saat ini melainkan kerana ada urusan yang sangat penting." Ketika Nabi saw. masuk ke tempat Abu Bakar, beliau bersabda kepadanya, "Suruh keluarlah orang yang ada di dekatmu!" Kata Abu Bakar, "Ya, Rasulullah! Hanya ada dua orang anakku, 'Aisyah dan Asma'." Sabda Nabi saw., ''Tahukah engkau bahawa sesungguhnya aku telah diberi izin untuk keluar (hijrah)?" Kata Abu Bakar, "Anda perlu teman, ya, Rasulullah!" |