Hadis Sahih Muslim No. 1053 Jilid 2 Topik adalah Puasa 1053. Dari 'Adi bin Hatim r.a., katanya: "Setelah turun ayat: "..hingga jelas bagi mu benang putih dari benang hitam, iaitu waktu fajar.. " (Al Baqarah : 187), maka berkata 'Adi bin Hatim kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah! Aku meletakkan benang putih dan benang hitam di bawah bantalku untuk membezakan malam dan siang." Sabda Rasulullah saw., "Bantalmu terlalu lebar. Yang dimaksud (dengan benang hitam) ialah gelap malam, dan (benang putih) ialah cahaya siang." |