Hadis Sahih Muslim No. 1050 Jilid 2 Topik adalah Puasa 1050. Dari Kuraib r.a., katanya dia diutus oleh Ummul Fadhal binti Harits menemui Mu'awiyah di Syam. Kata Kuraib, "Setelah aku tiba di sana dan tugasku telah selesai, bulan Ramadhan pun tiba. Aku melihat bulan terbit pada malam Jumaat. Kemudian aku tiba kembali di Madinah pada akhir bulan. Lalu 'Abdullah bin 'Abbas r.a. bertanya kepada ku: Kapan anda mulai melihat bulan?" Jawab ku, "Kami melihatnya pada malam Jumaat." Tanya, "Apakah anda menyaksikannya sendiri?" Jawab ku, "Ya! Aku menyaksikannya sendiri, bersama-sama orang ramai. Kerana itu mereka mulai puasa, begitu pula Muaawiyah." Kata Ibnu 'Abbas, "Tetapi kami melihatnya malam Sabtu. Kerana itu kami akan mencukupkan puasa kami tiga puluh, atau kami melihat bulan." Tanya ku, "Apakah tidak cukup dengan penglihatan Muaawiyah dan mengikut puasanya saja?" Jawab Ibnu 'Abbas. "Tidak! Kerana begitulah perintah Rasulullah saw. kepada kami." |