Hadis Sahih Bukhari No. 1050 Jilid 2 Topik adalah JualBeli 1050. Dari Jabir r.a. katanya: "Abdullah bin 'Amru bin Haram meninggal dunia sedangkan ia mempunyai hutang. Saya minta tolong kepada Nabi saw. supaya orang-orang yang mempiutanginya sudi meringankan hutangnya. Nabi saw. menyampaikan permintaan itu kepada mereka, tetapi mereka tidak mahu memenuhinya. Nabi saw. bersabda kepada ku, "Pergilah atur kurma engkau bermacam-macam! 'Ajwah sebahagian dan 'Azqa Zaid. kemudian beritahukan kepada ku kalau sudah selesai. Lantas apa yang diperintahkan Nabi saw. itu saya laksanakan, dan setelah selesai ku beritahukan kepada beliau. Beliau duduk di atas atau ditengah-tengah kurma itu, lalu beliau bersabda, Nah, gantanglah untuk kaum yang berpiutang itu" Lalu saya gantangi dan saya berikan secukupnya kepada mereka masing-masing. Ternyata kurmaku yang tinggal tidak kurang satu jua pun dari semula." |