Hadis Sahih Bukhari No. 1048 Jilid 2 Topik adalah JualBeli 1048. Dari 'Atha' bin Yasar r.a., katanya dia bertemu dengan Abdullah bin 'Amr bin 'Ash, lalu katanya: "Ceritakanlah kepada ku tentang sifat Rasulullah saw. seperti yang tersebut dalam Kitab Taurat." Jawab Abdullah, "Baiklah! Demi Allah, sesungguhnya Rasulullah saw. telah disebut di dalam Kitab Taurat dengan sebahagian sifat beliau yang tersebut di dalam Al Quran: "Wahai, Nabi! Sesungguhnya Aku mengutus engkau untuk menjadi saksi, memberi khabar gembira, memberi peringatan dan memelihara orang ummi. Engkau adalah hambaKu dan pesuruhKu. Aku namakan engkau orang yang tawakkal (berserah diri), tidak jahat budi, tidak kesat hati, tidak pula orang yang suka berteriak di pasar-pasar, tidak membalas kejahatan dengan kejahatan, tetapi pemaaf dan memberi ampun. Dan Allah belum akan mencabut nyawanya sehingga dia menegakkan agama selurus-lurusnya, iaitu supaya mereka mengucapkan: "Laa illaaha illallaah", sehingga dengan ucapan itu Allah membukakan mata yang buta dan telinga yang tuli serta hati yang tertutup." |