Hadis Sahih Muslim No. 1047 Jilid 2 Topik adalah Puasa 1047. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Tatkala telah lewat dua puluh sembilan malam yang aku menghitungnya sendiri, Rasulullah saw. mulai masuk ke rumahku. Kerana itu aku berkata kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Bukankah anda telah bersumpah tidak akan masuk ke rumah kami selama sebulan? Menurut hitunganku, sekarang baru dua puluh sembilan hari." Jawab Nabi saw., "Sesungguhnya sebulan itu adakalanya dua puluh sembilan hari. " |