Hadis Sahih Muslim No. 1035 Jilid 2 Topik adalah Zakat 1035. Dari Ummu 'Athiyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. mengirimi ku daging kambing bahagian sedekah. Lalu aku kirimkan kembali sebahagiannya kepada 'Aisyah. Ketika Rasulullah saw. pulang ke rumah 'Aisyah, beliau bertanya, "Adakah kamu sedia makanan?" Jawab 'Aisyah, "Tidak! Kecuali daging kambing yang dikirimkan Nusaibah (Ummu 'Athiyah) kepada kita, iaitu sebahagian dari daging sedekah yang anda kirimkan kepadanya." Sabda Nabi saw., "Sedekah itu sudah sampai ke tujuannya." |