Hadis Sahih Bukhari No. 1031 Jilid 2 Topik adalah JualBeli 1031. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Aku pernah bersama-sama dengan Nabi saw. dalam suatu peperangan, tetapi untaku terlambat kerana lelah. Nabi saw. datang kepada ku. seraya berkata, "Jabir!" Aku menyahut, "Ya, Rasulullah!" Tanya Nabi, "Bagaimana khabar mu?" Jawab ku, "Untaku lambat dan lelah, makanya aku terlambat." Lalu diheret beliau unta ku itu dengan tongkatnya, dan bersabda: "Nah, naiklah!" Lalu aku naiki unta itu, dan agak ku tahan jalannya supaya jangan mendahului Rasulullah saw." Tanya beliau, "Apakah engkau sudah kahwin?" Jawab ku, "Sudah, ya, Rasulullah!" Tanya beliau pula, Apakah gadis atau janda?" Jawab ku, "Dengan janda, ya, Rasulullah. " Sabda beliau pula, "Kenapa tidak dengan gadis saja. Engkau dapat bersenda-gurau dengannya dan dia dapat bersenda-gurau denganmu." Jawab ku, "Aku mempunyai banyak saudara perempuan. Aku ingin kahwin dengan wanita yang mahu berkumpul, menyisiri dan mengurus mereka." Sabda beliau, "Sesungguhnya engkau bakal datang kepada mereka. Apabila engkau tiba, maka senanglah, senanglah!" Selanjutnya beliau bersabda, "Akan engkau jualkah untamu?" Jawab ku, "Ya." Lalu beliau beli dari ku seharga satu uqiyah. Beliau tiba lebih dahulu dari ku, dan aku tiba pagi-pagi. Kami pergi ke masjid, maka di sana aku bertemu dengan beliau di pintu masjid. Sabda beliau, "Baru tibakah engkau?" Jawab ku, "Ya, benar." Sabda beliau lagi, "Tinggalkanlah untamu, masuklah, dan solatlah dua rakaat!" Aku masuk ke mesjid, kemudian aku solat. Beliau menyuruh Bilal supaya menimbang untuk beliau satu uqiyah. Bilal menimbang, dan diberatkannya timbangan untukku. Kemudian aku pergi, Tetapi baru saja aku membelakang, beliau bersabda, "Panggil Jabir!" Tiba-tiba beliau mengembalikan unta (yang telah dibelinya itu) kepada ku. Belum pernah ada sesuatu lebih ku benci daripada hal itu. Sabda beliau, "Ambillah kembali untamu serta wang harganya untukmu!" |