Hadis Sahih Bukhari No. 1029 Jilid 2 Topik adalah JualBeli 1029. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Seorang tukang jahit mengundang Nabi saw. untuk makan makanan yang disediakannya. Kata Anas, "Aku pergi beserta Rasulullah saw. ke tempat kenduri itu. Tuan rumah menghidangkan roti kuah kepada Rasulullah. Dalam kuah itu terdapat dubba' (sebangsa tabu) dan dendeng. Saya melihat Nabi saw. berulang-ulang mengambil dubba' dari tepi piring hidangan. Kata Anas, "Sejak itu aku sentiasa menggemari dubba'." |