Hadis Sahih Muslim No. 1024 Jilid 2 Topik adalah Zakat 1024. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Ketika Mekah telah ditaklukkan, Rasulullah saw. membahagi-bahagikan harta rampasan kepada orang-orang Quraisy. Lalu orang-orang Ansar berujar, "Ini sungguh-sungguh membingungkan. Pedang kita masih basah oleh darah musuh, tetapi harta rampasan kita diberikan kepada mereka (orang-orang Quraisy)." Ucapan demikian sampai kepada Rasulullah saw. Lalu mereka dikumpulkan oleh beliau. Tanya beliau, "Benarkah berita yang sampai kepada ku tentang ucapan kamu sekalian?" Jawab mereka, "Apa yang mereka sampaikan itu benar, ya Rasulullah! Mereka tidak berdusta. Sabda Nabi saw., "Apakah kamu sekalian tidak rela kalau mereka (orang-orang Quraisy) pulang ke rumah mereka dengan harta benda dunia, sedangkan kamu sekelian pulang ke rumah mu masing-masing dengan Rasulullah? Andai kata mereka melalui jalan lembah dan jalan bukit, sedangkan orang Ansar melalui jalan lembah dan jalan bukit pula, akan ku tempuh lembah dan bukit yang dilalui kaum Ansar." |