Hadis Sahih Muslim No. 1023 Jilid 2 Topik adalah Zakat 1023. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. mengumpulkan kaum Ansar, lalu beliau bertanya: "Apakah ada orang lain di antara kamu sekalian?" Jawab mereka, "Tidak, ya Rasulullah! Kecuali hanya seorang anak saudara perempuan kami." Sabda Rasulullah saw., "Anak saudara perempuan suatu kaum, termasuk kaum itu sendiri." Kemudian beliau melanjutkan sabdanya, "Orang Quraisy itu belum lama keluar dari jahiliyah dan mushibah. Kerana itu aku bermaksud hendak mendekati dan menghibur mereka. Apakah kamu tidak rela mereka pulang dengan harta benda dunia, sedangkan kamu pulang bersama-sama Rasulullah ke rumah mu masing-masing? Kalaulah mereka melalui sebuah lembah, dan orang Ansar melalui jalan bukit, nescaya aku akan melalui jalan bukit bersama-sama dengan orang Ansar." |