Hadis Sahih Muslim No. 1021 Jilid 2 Topik adalah Zakat 1021. Dari 'Amir bin Sa'ad r.a., dari bapanya Sa'ad r.a., katanya: "Rasulullah saw. membahagi-bahagikan sedekah kepada suatu kaum, dan aku duduk di antara mereka menyaksikannya, Kata Sa'ad, "Rasulullah saw, meninggalkan seorang lelaki, tidak memberinya pembahagian itu. Oleh kerana itu, orang tersebut sangat menjadi perhatian bagi ku, sehingga kerananya aku datangi Rasulullah saw. seraya bertanya kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Apakah sebabnya si Fulan tidak anda beri pembahagian sedekah itu? Aku tahu benar bahawa dia seorang mukmin," Jawab Rasulullah saw., "Ataukah dia itu seorang muslim?" "Aku diam sebentar." kata Sa'ad, "Kemudian apa yang ku ketahui mengenai orang itu sangat mempengaruhi ku. Lalu aku bertanya pula kepada Rasulullah saw. "Ya, Rasulullah! Apa sebabnya si Fulan itu tidak anda beri pembagian itu? Kenapa? Demi Allah! Aku tahu benar bahawa dia itu mukmin." Jawab Nabi saW., "Ataukah dia itu muslim?" Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, "Sesungguhnya aku memberi seseorang, padahal yang lain sebenarnya lebih aku cintai; ku lakukan yang demikian, kerana aku khuatir muka orang (yang ku beri) itu akan ditengkurapkan Allah kelak di neraka." |