Hadis Sahih Muslim No. 1019 Jilid 2 Topik adalah Zakat 1019. Dari Miswar bin Makhramah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. membahagi-bahagikan beberapa baju jaket kepada beberapa orang sahabat. Tetapi beliau tidak memberi apa-apa kepada Makhramah. Kerana itu Makhramah berkata, "Hai, anakku! Marilah kita pergi kepada Rasulullah saw." Lalu aku pergi bersama ayahku menemui beliau. Kata ayahku, "Masuklah kamu lebih dahulu, dan sampaikan kepada beliau bahawa aku berada di sini mohon bertemu dengan beliau." Kata Miswar, "Aku pun masuk, dan menyampaikan kepada beliau bahawa ayahku berada di luar mohon bertemu dengan Rasulullah. Rasulullah keluar sambil membawa sehelai baju jaket untuk Makhramah. Kata beliau, "Ini ku sediakan untuk anda," sambil Nabi saw. melihat kepadanya dan berkata: "Semoga Makhramah merasa puas." |