Hadis Sahih Muslim No. 1018 Jilid 2 Topik adalah Zakat 1018. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Pada suatu ketika aku berjalan bersama-sama dengan Rasulullah saw. Ketika itu beliau memakai selendang buatan Najran yang tebal pinggirnya. Tiba-tiba seorang Arab dusun mendapatkan beliau, lalu ditariknya selendang Nabi itu sekuat-kuatnya, sehingga ku lihat pinggir selendang itu membekas di leher Rasulullah saW., kerana kuatnya tarikat orang itu. Kemudian orang itu berkata, "Hai, Muhammad! Perintahkanlah (kepada bendahara anda) supaya aku diberinya harta yang ada dalam pengawasanmu!" Rasulullah menoleh kepada orang itu sambil tertawa. Kemudian diperintahkan oleh beliau supaya orang itu diberi (sedekah)." |