Hadis Sahih Muslim No. 1017 Jilid 2 Topik adalah Zakat 1017. Dari 'Umar bin Khaththab r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. membahagi-bahagikan sedekah. Lalu aku menyarankan kepada beliau, kata ku: "Demi Allah, ya Rasulullah! Bukan mereka ini yang lebih berhak diberi sedekah, tetapi adalah mereka itu." Jawab Nabi saw;, "Mereka ini seolah-olah memaksakan kepada ku untuk mengambil salah satu antara dua pilihan, iaitu apakah mereka akan meminta kepada ku dengan cara kasar, ataukah mereka akan menuduh ku orang bakhil. Padahal aku tidak bakhil." |