Hadis Sahih Bukhari No. 1009 Jilid 2 Topik adalah JualBeli 1009. Dari 'Adi bin Hatim r.a., katanya dia bertanya kepada Nabi saw., perihal anak panah. Maka sabda Nabi: "Apabila anak panah itu mengenai sasaran/buruan dengan hujungnya yang tajam makanlah buruan itu. Dan apabila ia mengenai dengan lintangnya dan buruan mati, maka janganlah dimakan, kerana ia mati sakit. Tanya ku, "Ya, Rasulullah! Kulepaskan anjingku dengan menyebut nama Allah (Bismillah). Kemudian ku dapati anjingku dalam perburuan bersama-sama dengan anjing lain yang tidak disebutkan nama Allah (baginya). Aku tak tahu, manakah di antara keduanya yang membunuh." Sabda Nabi, "Janganlah engkau makan, kerana yang engkau sebutkan nama Allah hanya bagi anjingmu dan tidak engkau sebutkan kepada yang lain itu." |