Hadis Sahih Bukhari No. 1008 Jilid 2 Topik adalah JualBeli 1008. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "'Utbah bin Abi Waqas pernah berpesan kepada saudaranya, Saad bin Abi Waqas, katanya: "Sesungguhnya anak sahaya Zamaah ialah anak saya. Karena itu tolong ambilkan anak itu. Kata 'Aisyah, "Tatkala tahun pendudukan Mekah, anak itu diambil oleh Saad bin Abi Waqas. Katanya, "Ini anak saudara ku. Ia telah memesankan kepada ku supaya aku mengambilnya. Abdu bin Zamaah berdiri, lalu katanya, "Dia saudara saya dan anak hamba sahaya bapa saya. Ia dilahirkan di atas tikar tempat tidur bapa saya." Kerana itu keduanya pergi menghadap Nabi saw. Kata Saad, "Ya, Rasulullah! Ini anak saudara ku. Ia berpesan kepada ku, supaya aku mengambilnya." Kata 'Abdu bin Zamaah, "Anak itu saudara ku. Ia anak hamba sahaya Bapa ku. Ia lahir di atas tikar tempat tidur Bapa ku." Sabda Rasulullah saw., "Anak itu untukmu, hai, Abdu bin Zamaah." Selanjutnya Nabi saw. menambahkan, "Anak adalah kepunyaan orang yang mempunyai tikar tempat tidur. Dan (anak) orang yang berzina putus." Kemudian beliau bersabda kepada Saudah bin Zamaah isteri Nabi saw., "Bertutuplah daripada anak itu!" (Nabi menyuruh Saudah begitu) kerana beliau telah melihat bahawa anak itu serupa dengan 'Utbah. Kemudian anak itu tidak pula melihat Saudah sampai ia menemui Allah." |