Hadis Sahih Muslim No. 1005 Jilid 2 Topik adalah Zakat 1005. Dari Salim bin 'Abdullah r.a., dari bapanya, katanya: "Rasulullah saw. pernah memberikan (bahagian zakat) kepada 'Umar bin Khaththab r.a., lalu ditolak oleh 'Umar. Katanya: "Ya, Rasulullah! Berikanlah kepada orang yang lebih memerlukannya daripada ku." Sabda Rasulullah saw., "Ambillah dan pergunakanlah untuk keperluanmu, atau sedekahkan! Apabila engkau diberi orang suatu pemberian tanpa engkau idam-idamkan dan tanpa minta-minta, terimalah pemberian itu. Tetapi (ingat), sekali-kali jangan meminta." Kata Salim, "Oleh kerana itu Ibnu 'Umar (ayah Salim) tidak pernah meminta apa saja kepada seseorang, dan tidak pernah pula menolak apa yang diberikan orang kepadanya." |