Hadis Sahih Bukhari No. 1005 Jilid 2 Topik adalah JualBeli 1005. Dari Abdurrahman bin 'Auf r.a. katanya: "Ketika kami tiba di Madinah, Rasulullah saw. mempersaudarakan saya dengan Saad bin Rabi'. Kata Saad bin Rabi', "Saya orang Ansar yang paling kaya. Aku bagi dua hartaku denganmu. Dan tengoklah mana di antara isteri ku yang engkau senangi. Akan saya ceraikan dia. Setelah ia halal, engkau boleh mengahwininya. Jawab Abdurrahman, "Saya tidak memerlukan demikian. Di manakah pasar di sini!" Jawab Saad, "Pasar Qainuqa'," Pagi-pagi Abdurrahman pergi ke pasar itu membawa keju dan samin. Dan sesudah itu ia terus menerus pergi ke sana. Tidak lama kemudian, Abdurrahman datang (kepada Nabi saw) dengan kesan pucat (di mukanya). Rasulullah saw. bertanya, "Kahwinkah engkau?" Jawab Abdurrahman, "Benar, ya, Rasulullah!" Tanya Nabi , "Dengan siapa?" Jawabnya, "Dengan seorang wanita Ansar." Sabda Nabi, "Berapa engkau beri maharnya!" Jawabnya, "Emas seberat atau sebesar biji kurma." Sabda Nabi saw., "Adakanlah pesta, sekalipun dengan seekor biri-biri." |