Hadis Sahih Muslim No. 1004 Jilid 2 Topik adalah Zakat 1004. Dari Qabishah bin Mukhariq Al Hilali r.a., katanya; "Aku pernah menanggung hutang (untuk mendamaikan dua kabilah yang saling sengketa). Lalu aku datang kepada Rasulullah saw., meminta bantuan kepada beliau untuk membayarnya. Jawab beliau, "Tunggulah sampai orang datang mengantarkan zakat, nanti ku suruh serahkan kepada mu." Kemudian beliau melanjutkan sabdanya, "Hai, Qabishah! Sesungguhnya meminta-minta itu tidak boleh (tidak halal). Kecuali untuk tiga golongan: (1) Orang yang menanggung hutang (gharim, untuk mendamaikan dua orang yang bersengketa atau seumpamanya). Maka orang itu boleh meminta-minta, sehingga hutangnya lunas. Apabila hutangnya telah lunas, maka tidak boleh lagi dia meminta-minta. (2) Orang yang kena bencana, sehingga harta-bendanya musnah. Orang itu boleh meminta-minta sampai dia memperoleh sumber kehidupan yang layak baginya. (3) Orang yang ditimpa kemiskinan, (disaksikan atau diketahui oleh tiga orang yang dipercayai bahawa dia memang miskin). Orang itu boleh meminta-minta, sampai dia memperoleh sumber penghidupan yang layak Selain tiga golongan itu, haram baginya meminta-minta, dan haram pula baginya memakan hasil meminta-minta itu." |