Hadis Sahih Muslim No. 1003 Jilid 2 Topik adalah Zakat 1003. Dari 'Auf bin Malik Al Asyja'iy r.a., katanya: "Kami pernah berada dekat Rasulullah saw. selama sembilan atau lapan atau mungkin juga tujuh (hari). (Waktu kami akan berpisah dengan beliau), beliau bersabda: "Apakah anda semua tidak baiat (janji setia) lebih dahulu dengan Rasulullah?" Sebenarnya kami telah baiat dengan beliau. Lalu kami jawab, "Sesungguhnya kami telah baiat dengan Anda, ya Rasulullah." Nabi saw. mengulang pertanyaannya, "Apakah anda semua tidak baiat lebih dahulu dengan Rasulullah?" Jawab kami, "Sesungguhnya kami telah baiat dengan Anda, ya Rasulullah." Nabi saw. mengulang lagi pertanyaannya, "Apakah anda semua tidak baiat lebih dahulu dengan Rasulullah?'" Maka kami hulurkan tangan kami seraya berujar, "Sesungguhnya kami telah baiat dengan Anda, ya, Rasulullah! Maka tentang hal apakah kami akan baiat dengan anda, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Bahawa kalian akan menyembah Allah, dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu jua pun; akan menegakkan solat yang lima waktu; akan berlaku patuh; dan tidak akan meminta apa-apa kepada orang banyak." Kata 'Auf, "Memang, sehingga aku pernah melihat seorang di antara mereka jatuh cambuknya, tetapi dia tidak minta tolong sedikit jua pun kepada orang lain untuk mengambilkannya." |