Hadis Sahih Muslim No. 1002 Jilid 2 Topik adalah Zakat 1002. Dari Abu Hurairah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Berangkatlah kamu pagi-pagi, kemudian pulang memikul kayu api dipunggung mu, lalu kamu bersedekah dengan itu tanpa meminta-minta kepada orang banyak, itu lebih baik bagi mu daripada meminta-minta kepada orang banyak biar diberi atau tidak. Sesungguhnya tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Dan dahulukanlah memberi kepada orang yang menjadi tanggungan mu." |