Hadis Sahih Bukhari No. 1001 Jilid 2 Topik adalah Puasa 1001. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Biasanya Nabi saw. iktikaf pada sepuluh yang akhir daripada bulan Ramadhan. Maka saya buatkan untuk beliau sebuah khemah. Sesudah solat Subuh beliau masuk ke dalam khemah itu. Kemudian Hafsah minta izin kepada 'Aisyah untuk membuat jua sebuah khemah, maka diberi izin oleh 'Aisyah. Lalu Hafsah membuatnya. Ketika khemah itu kelihatan oleh Zainab binti Jahsy, maka Zainab membuat pula sebuah khemah untuknya. Ketika hari telah Subuh, Nabi saw. melihat khemah-khemah yang lain itu. Lalu Nabi bertanya: "khemah-khemah apa itu?" Maka diceritakan orang kepada beliau apa adanya. Lalu Nabi bersabda, "Apakah baiknya menurut fikiran Allah khemah-khemah itu bagi mereka?" Lalu beliau menghentikan i'tikafnya dalam bulan itu, kemudian beliau i'tikaf pada sepuluh hari bulan Syawal." |