Hadis Sahih Muslim No. 0998 Jilid 2 Topik adalah Zakat 998. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Yang dinamakan orang miskin bukanlah orang yang berkeliling meminta-minta kepada orang ramai, lalu peminta-minta itu diberi orang sesuap dua suap, atau sebutir dua butir kurma." Tanya para sahabat, "Kalau begitu, siapakah yang dinamakan miskin itu ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Orang miskin sesungguhnya ialah orang yang tidak memiliki apa-apa untuk menutup keperluannya, namun keadaannya itu tidak diketahui orang supaya orang bersedekah kepadanya, dan tidak pula dia meminta-minta ke sana-sini." |