Hadis Sahih Bukhari No. 0993 Jilid 2 Topik adalah Puasa 993. Dari Abu Salamah r.a., katanya: "Saya bertanya kepada Abu Said sahabatku. Katanya: Kami iktikaf beserta Nabi saw. pada sepuluh pertengahan dari bulan Ramadhan. Beliau keluar pagi hari yang kedua puluh lalu berkhutbah di hadapan. Sabda beliau, "Diperlihatkan kepada ku Malam Qadar. Kemudian aku lupa malam itu. Carilah dalam sepuluh yang akhir pada bilangan ganjil. Sesungguhnya aku melihat, bahawasanya aku sujud dalam air dan tanah. Barangsiapa biasa iktikaf beserta Rasulullah saw., hendaklah ia kembali." Kerana itu kami kembali. Dan tiada sepotong pun awan terlihat oleh kami di langit ketika itu. Tetapi tiba-tiba awan segera datang dan hujan turun dengan derasnya sehingga air mengalir pada atap masjid, sedangkan atap itu terbuat hanya dan pelepah kurma. Kemudian orang qamat untuk solat. Saya melihat Rasulullah sujud di air di atas tanah berlumpur, sehingga saya melihat bekas tanah itu di kening beliau." |