Hadis Sahih Muslim No. 0987 Jilid 2 Topik adalah Zakat 987. Dari Asma' binti Abu Bakar Siddiq r.a., katanya dia mendatangi Nabi saw., lalu dia bertanya: "Ya, Nabi Allah! Aku tidak punya apa-apa untuk disedekahkan selain yang diberikan Zuber (suamiku) kepada ku (untuk belanja rumah tangga). Berdosakah aku apabila wang belanja itu ku sedekahkan ala kadarnya?" Jawab Nabi saw., "Sedekahkanlah ala kadarnya sesuai dengan kemampuanmu, dan jangan menghitung-hitung, kerana Allah akan menghitung-hitung pula pemberian-Nya kepada mu, dan akan kikir kepada mu." |