Hadis Sahih Muslim No. 0984 Jilid 2 Topik adalah Zakat 984. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Siapa yang bersedekah haiwan ternak dengan berpasangan (jantan betina) untuk membela agama Allah (fisabilillah), maka dia akan dipanggil kelak dalam syurga: "Hai, hamba Allah! Inilah pahala kebajikan mu! Siapa yang rajin solat, dia akan dipanggil dari pintu solat; dan siapa yang ikut berjuang menegakkan agama Allah, dia akan dipanggil dari pintu jihad; dan siapa yang rajin bersedekah, dia akan dipanggil dari pintu sedekah; dan siapa yang rajin puasa, dia akan dipanggil dari pintu puasa." Lalu bertanya Abu Bakar Siddiq, "Ya, Rasulullah! Adakah orang yang dipanggil dari semua pintu itu sekaligus?" Jawab Rasulullah saw., "Ya, ada! Aku berharap semoga anda termasuk salah seorang daripada mereka." |