Hadis Sahih Muslim No. 0982 Jilid 2 Topik adalah Zakat 982. Dari 'Umair, maula Abu Laham, katanya: "Majikanku menyuruh ku membuat dendeng daging. Tiba-tiba datang seorang miskin meminta-minta, lalu ku berikan dendeng itu sedikit kepadanya. Kemudian majikanku tahu akan hal itu, lalu aku dipukulnya. Kerana itu aku datang mengadu kepada Rasulullah saw. Majikanku dipanggil oleh beliau, sabdanya: "Betulkah kamu pukul dia, dan kenapa?" Jawab majikanku, "Makananku diberikannya kepada orang miskin tanpa suruhanku." Sabda beliau, "Kamu mendapat pahala seorang separuh dengan hamba mu itu." |