Hadis Sahih Bukhari No. 0981 Jilid 2 Topik adalah Puasa 981. Dari Humaid dari Anas r.a., katanya: "Nabi saw. datang ke rumah Ummu Sulaim, maka dihidangkannya kepada Nabi kurma dan minyak samin. Sabda Nabi saw., "Kembalikanlah saminmu ke mangkoknya dan kurma ke dalam karungnya, kerana aku puasa." Kemudian beliau pergi ke salah satu sudut rumah, lalu beliau solat sunat di sana. Sesudah itu beliau mendoa untuk Ummu Sulaim dan keluarganya. Kata Ummu Sulaim, "Ya, Rasulullah! Sesungguhnya aku mempunyai suatu keperluan." Tanya Nabi, "Apakah itu?" Kata Ummu Sulaim, "(Doakanlah) untuk khadim Tuan, Anas." Beliau tiada meninggalkan kebaikan dunia dan akhirat, melainkan mendoa bagi ku dengan kebaikan itu. Doanya: "Ya, Allah! Berilah dia harta dan anak, dan berilah berkat kepadanya. Sesungguhnya saya orang Ansar yang banyak harta. Kata Humaid, "Anaknya Umainah menceritakan, bahawa Anas dikuburkan sesudah digantung ketika Hajjaj datang ke Bashrah, dalam umur kurang lebih seratus dua puluh tahun." |