Hadis Sahih Bukhari No. 0980 Jilid 2 Topik adalah Puasa 980. Dari Abdullah bin 'Amru r.a., katanya: "Diceritakan orang kepada Rasulullah saw. bahawa aku pernah bersumpah, "Demi Allah! Sesungguhnya aku akan puasa sepanjang siang dan aku berdiri (solat) sepanjang malam, selama hidupku." Kataku kepada Rasulullah saw. "Benar, ya Rasulullah! Sesungguhnya saya telah berkata demikian. Saya tebus engkau dengan bapa dan ibu ku." Sabda nabi saw., "Sesungguhnya engkau tidak akan sanggup melakukannya. Puasalah dan berbukalah; bangunlah dan tidurlah; puasalah dalam sebulan tiga hari; sesungguhnya setiap kebaikan akan dibalas sepuluh kali lipat. Yang demikian itu seperti puasa sepanjang masa." kataku, "Saya sanggup lebih daripada itu." Sabda Nabi saw., "Puasalah sehari dan berbukalah dua hari." Kataku,"Saya sanggup lebih daripada itu." Sabda Nabi,"Puasalah sehari dan berbukalah sehari. Yang demikian itu adalah seperti puasa Nabi Dawud a.s., dan itulah puasa yang utama." Kataku, "Sesungguhnya saya sanggup lebih daripada itu." Sabda Nabi saw., "Tiada lagi yang melebihi itu." |