Hadis Sahih Bukhari No. 0978 Jilid 2 Topik adalah Puasa 978. Dari Humaid r.a., katanya dia bertanya kepada Anas r.a. tentang puasa Nabi saw. Kata Anas, "Apa yang ku senangi ialah aku dapat melihat Nabi saw. puasa setiap bulan, justeru aku melihatnya. Jika beliau berbuka, aku melihatnya, dan jika beliau bangun tengah malam untuk solat aku melihatnya, dan jika beliau tidur aku melihatnya. Dan tidak pernah aku menyentuh sutera campuran dan sutera halus yang lebih halus dari telapak tangan Rasulullah saw. Dan tidak pernah aku mencium kasturi dan minyak harum yang lebih harum daripada harumnya Rasulullah saw." |