Hadis Sahih Bukhari No. 0975 Jilid 2 Topik adalah Puasa 975. Dari Abu Said Alkhudri r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw, bersabda: "Janganlah (puasa) secara terus menerus. Siapa di antaramu yang hendak (puasa) terus menerus, teruskanlah sampai waktu sahur." Kata mereka, "Bukankah Tuan puasa terus menerus, ya, Rasulullah?" Sabda Nabi, "Tidak! Aku tidak seperti kamu. Aku ada orang yang sentiasa memberi makan dan memberi minum kepada ku." |