Hadis Sahih Muslim No. 0967 Jilid 2 Topik adalah Zakat 967. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Tidak akan terjadi kiamat, sebelum harta kekayaan telah bertumpuk-tumpuk dan melimpah-ruah (kemakmuran telah merata) sehingga si pemilik harta merasa sedih kerana tidak ada orang yang bersedia menerima sedekahnya. Dan orang yang dimintanya untuk menerima sedekahnya menjawab: "Aku tidak memerlukan sedekah anda!" |