Hadis Sahih Muslim No. 0952 Jilid 2 Topik adalah Zakat 952. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Abu Thalhah adalah orang Ansar terkaya di Madinah. Dan harta yang paling disukainya ialah sebuah taman yang dinamainya 'Bairaha' yang letaknya berhadapan dengan masjid. Rasulullah saw. pernah masuk ke dalam taman itu dan meminum air yang terdapat di dalamnya, yang ternyata manis. Kata Anas selanjutnya, "Ketika turun ayat: "Sekali-kali kamu tidak dapat mencapai kebajikan (yang sempurna), sehingga kamu nafkahkan sebahagian harta mu yang kamu cintai (Al Imran : 92). Maka Abu Thalhah pergi menemui Rasulullah saw. seraya berkata: "Sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam KitabNya: Sekali-kali kamu tidak dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sehingga kamu nafkahkan sebahagian harta mu yang kamu cintai. Maka hartaku yang paling ku cintai ialah 'Taman Bairaha'. Mulai saat ini taman itu aku sedekahkan kerana Allah, di mana aku mengharapkan pahala dan tabungan di sisi Allah. Kerana itu manfaatkanlah taman itu sesuai dengan kepentingan anda, ya Rasulullah." Sabda RasuluUah saw., "Wah! Harta yang sangat menguntungkan. Harta yang betul-betul menguntungkan. Aku telah mendengar apa yang kamu ucapkan mengenai harta itu. Namun aku berpendapat, sebaiknyalah taman itu kamu bagi-bagikan kepada keluargamu yang terdekat." Lalu Abu Thalhah membahagi-bahagikan tamannya itu kepada keluarga-keluarganya yang dekat, termasuk anak-anak pakciknya." |