Hadis Sahih Muslim No. 0951 Jilid 2 Topik adalah Zakat 951. Dari Jabir r.a., katanya: "Seorang lelaki dari Bani 'Udzrah memerdekakan hamba sahayanya dengan tebusan. Berita itu sampai kepada Rasulullah saw., lalu beliau bertanya kepada pemilik budak itu, "Masih adakah harta mu selain budak itu?" Jawab orang itu, "Tidak, ya Rasulullah." Maka sabda Nabi saw., "Siapakah yang mahu membeli budak itu daripadaku?" Akhirnya budak itu dibeli oleh Nu'aim bin 'Abdullah Al 'Adawi, dengan harga lapan ratus dirham yang diserahkannya kepada Rasulullah saw., dan beliau meneruskannya kepada pemilik hamba sahaya itu. Kemudian beliau bersabda kepadanya, "Manfaatkanlah wang ini untuk keperluan diri mu sendiri lebih dahulu. Jika ada sisanya, untuk keluargamu (anak isteri); jika masih bersisa, maka untuk kerabatmu; jika masih bersisa lagi, maka untuk orang-orang di sekitarmu. |