Hadis Sahih Muslim No. 0950 Jilid 2 Topik adalah Zakat 950. Dari Khaitsamah r.a., katanya: "Ketika kami sedang duduk (belajar) dengan 'Abdullah bin 'Umar, tiba-tiba datang bendaharanya, lalu dia masuk ke dalam majlis. Kata 'Abullah kepadanya, "Sudah kamu beri makankah para hamba sahaya?" Jawab bendahara, "Belum, tuan ku!" Kata 'Abdullah, "Pergilah, beri makan mereka segera!" Kata 'Abdullah selanjutnya, bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Alangkah besar dosanya orang yang menahan-nahan makan (upah dan sebagainya) orang yang menjadi tanggungjawabnya." |