Hadis Sahih Muslim No. 0949 Jilid 2 Topik adalah Zakat 949. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Dinar (wang atau harta) yang anda nafkahkan untuk membela agama Allah (fi sabiiillah), atau yang anda nafkahkan untuk kesejahteraan (memerdekakan) budak, atau yang anda sedekahkan untuk kesejahteraan orang-orang miskin, dan yang anda nafkahkan untuk keluarga anda, maka yang paling besar pahalanya ialah yang anda nafkahkan untuk keluarga anda." |