Hadis Sahih Bukhari No. 0947 Jilid 2 Topik adalah Puasa 947. Dari Sahl bin Sa'd r.a.. katanya: Ayat: "Wa kuluu wasyrabuu hatta yatabayyana lakumul khaithul abyadhu minal khaithil aswadi (dan makanlah dan minumlah kamu sehingga jelas bagi mu benang putih daripada benang hitam), ayat itu seperti itu dan belum turun kata-kata "minal fajri". Maka orang yang bermaksud hendak puasa mengikatkan benang putih dan benang hitam di kakinya, dan ia sentiasa makan sehingga jelas kelihatan baginya kedua macam benang itu. Kemudian Allah swt. menurunkan firman-Nya: "minal fajri" (yaitu fajar), barulah mereka tahu bahawa yang dimaksud dengan ayat itu ialah malam dan siang." |