Hadis Sahih Bukhari No. 0946 Jilid 2 Topik adalah Puasa 946. Dari 'Adi bin Hatim r.a., katanya: Ketika turun ayat: ..sehingga jelas bagi mu mana benang putih dan mana benang yang hitam (AI Baqarah, 2:187), lantas aku ikatkan seutas benang hitam kepada seutas benang putih, lalu kuletakkan di bawah bantalku. Tengah malam kulihat benang itu, tetapi tidak pernah jelas bagi ku (mana yang hitam dan mana yang putih). "Pagi-pagi ku temui Rasulullah saw. dan kuceritakan kepada beliau pengalamanku itu. Sabda beliau, "Sesungguhnya yang dimaksud dengan yang demikian itu ialah, gelap malam dan cahaya siang." |